MOROGORO – Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan 70 orang cedera selepas lori tangki meletup di Tanzania, kata polis.
Perkongsian gambar atas talian menunjukkan gambar-gambar bangki lori tangki tang masih terbakar dengan mayat-mayat bergelimpangan di atas tanah.
Polis berkata, tragedi itu berlaku apabila orang ramai meluru ke kenderaan yang terbalik di jalan apabila lori tangki tersebut meletup.
Insiden itu berlaku di rantau Morogoro, kira-kira 200 km (124 batu) di barat bandar pelabuhan Dar es Salaam.
Bandar Morogoro berada di laluan utama mengangkut kargo dan bahan api dari pelabuhan.
Ada kebimbangan jumlah kematian akibat tragedi itu meningkat.
Polis berkata, kebanyakan yang cedera mengalami kebakaran serius.
“Situasi sangat teruk. Banyak orang mati walaupun mereka tidak datang untuk mengambi minyak kerana ia adalah kawasan sibuk,” kata saksi. Daniel Ngogo.
Kebanyakan yang maut merupakan penunggang motor teksi.
Tragedi seumpama itu adalah biasa di Afrika kerana orang ramai sanggup mengambil risiko mencuri minyak pada lori-lori tangki dan saluran paip minyak.
Bulan lalu, sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh apabila kapal tangki meletup di negeri Benue dan hampir 80 maut pada bulan Mei dalam insiden sama dekat Niamey. – MalaysiaGazette