Home Dunia Ahli kewangan dituduh lakukan penyeludupan seks bunuh diri

Ahli kewangan dituduh lakukan penyeludupan seks bunuh diri

Jeffrey Epstein

NEW YORK – Seorang ahli kewangan, Jeffrey Epstein ditemui mati dalam sel penjaranya ketika menunggu pertuduhan pemerdagangan seks.

Mayatnya ditemui pada pukul 07.30 pagi di dalam penjara Metropolitan Correctional Centre di sini.

Dia dilaporkan sedang dipantau susulan insiden awal mencederakan diri sendiri di dalam penjara.

Epstein, 66, mengaku tidak bersalah dalam pertuduhan konspirasi dan  pemerdagangan seks dan ditahan tanpa dibenarkan diikat jamin.

Bulan lalu, selepas dia dinafikan untuk diikat jamin, Epstein ditemui separuh sedar kerana kecederaan di lehernya.

Tertuduh kemudian diberi rawatan di hospital sebelum kembali semula ke penjara yang dikenal pasti sebagai tempat tahanan paling selamat.

Kematian Epstein berlaku selepas sehari dokumen beratus-ratus muka surat didedahkan tentang pertuduhan baharu terhadapnya dan beberapa sekutunya.

Epstein didakwa membayar gadis-gadis bawah umur 18 tahun untuk melakukan aksi seks di kediamannya mewahnya di Manhattan dan Florida antara tahun 2002 dan 2005.

Dia ditahan pada 6 Julai selepas mendarat dengan jet persendiriannya di New Jersey. Beliau berjaya mengelak pertuduhan yang sama dalam rundingan rahsia pada tahun 2008 dan sebaliknya mengaku bersalah terhadap tuduhan yang lebih rendah.

Rundingan itu telah diteliti secara dekat dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan bulan lalu Setiausaha Buruh Amerika Syarikat, Alex Acota telah melepaskan jawatan kerana didakwa memainkan peranan.

Para pendakwa raya turut menuduh Epstein membayar sejumlah besar wang kepada dua saksi menjelang perbicaraan yang dijadualkan pada tahun depan.

Jika sabit kesalahan Epstein boleh dipenjarakan sehingga 45 tahun. – MalaysiaGazette