Home Nasional Bayaran fasa ketiga BSH 28 Ogos ini

Bayaran fasa ketiga BSH 28 Ogos ini

Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH akan dibuat mulai 28 Ogos ini, melibatkan hampir 3.6 juta penerima.

Anggaran peruntukan bagi pembayaran fasa ketiga itu adalah RM1.23 bilion.

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Untuk fasa pembayaran kali ini, kategori isi rumah bawah RM2,000 akan menerima RM400 danĀ  kategori antara RM2,001 hingga RM3,000 mendapat RM300.

Isi rumah berpendapatan di bawah kategori antara RM3,000 hingga RM4,000 pula menerima RM100.

Bagi kategori pertama, jumlah keseluruhan yang diterima adalah RM1,000, kedua RM750 dan ketiga RM500.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019 dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka dibuat pada bulan September 2019.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected]. – MalaysiaGazette