KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang hari ini membuat kejutan apabila membuat ramalan parti itu akan kehilangan kerusi di Iskandar Puteri dan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 peratus di seluruh negara.
Malah, Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata, penyokong tegar DAP yang selama ini memberi sokongan tidak berbelah bahagi dengan parti itu, mungkin tidak mengundi jika pilihan raya diadakan pada masa ini.
Sambil melahirkan rasa dukacita menerusi laman blognya, pemimpin veteran DAP itu berkata, ketika ini sudah wujud rasa tidak senang dan salah faham dalam kalangan penyokong yang mempunyai tanggapan tidak betul tentang parti tersebut.
“Saya menerima sekeping gambar saya dengan kapsyen kononnya dari pengundi kawasan saya yang meminta saya ‘mati’ sebagai hero atau hidup lama untuk hanya melihat diri saya sebagai ‘penjahat’.
“Ingin saya beritahu anda, saya bukanlah penjahat mahupun teringin menjadi hero di mata anda sekalian. Sebaliknya, saya hanya mahu jadi seorang warga negara Malaysia yang patriotik untuk jadikan negara ini lebih baik untuk semua tanpa mengira latar belakang.
“Saya percaya kepada Malaysia Baharu yang boleh menjadi negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang usaha manusia dengan empat tamadun besar iaitu Islam, Cina, India dan juga Barat bertemu di Malaysia,” katanya panjang lebar.
Bagaimanapun kata Kit Siang lagi, seharusnya rakyat di negara perlu keluar daripada kepompong perkauman yang didakwa dilakukan oleh ‘konspirator politik’ hingga menyebabkan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain rasa sentiasa terancam.
Walaupun tidak menamakan siapakah konspirator itu, Kit Siang memberikan contoh kontroversi pengenalan tulisan khat baru-baru ini menyebabkan DAP dalam dilema, malah secara terbuka penyokong-penyokong parti lantang melahirkan rasa tidak berpuas hati.
“Konspirator ‘jahat’ ini hanya mahu menimbulkan rasa curiga, tidak percaya, takut dan saling benci membenci menentang agama, bangsa sesama sendiri.
“Ada juga laporan media yang menyebut saya sebagai ‘penyokong kuat’ pengenalan tulisan khat atau Jawi di sekolah rendah Cina atau Tamil.
“Sebenarnya isu khat telah menarik perhatian semua termasuk saya sendiri walhal ini merupakan warisan kerajaan sebelumnya. Saya tetap dengan pendirian saya pada 1984 bahawa pengajaran khat ini tidak perlu diwajibkan.
“DAP kini memerlukan masa bagi penyokong dan rakyat secara am menyedari bahawa kita tidak mengkhianati mereka dan tidak akan sesekali berputus asa dengan objektif perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ini,” ujarnya. –MalaysiaGazette
Pelajari khat Jawi: Ramai terkejut dengan kenyataan Kit Siang
Dasar cina tidak tahu berterima kasih ….
Sudah d berikan kelayakan utk hidup d bumi malaysia dengan aman…d buatnya pula kekacauan yg sengaja menggugat hak org melayu peribumi….
Bangsa yg tidak tau d untung…
Batalkan saja kewarganegaraan cina yg melampaui batasan…hanyutkan d lautan…