ENGLAND – Frank Lampard dipersoal kewajarannya di sebalik penjualan bintang pertahanan mereka, David Luiz kepada Arsenal pada 8 Ogos lalu.
Bekas Pengurus the Blues, Gianfranco Zola kecewa dengan tindakan bekas pemain Stamford Bridge itu yang dianggap terburu-buru dalam isu Luiz.
Zola terkejut dengan tindakan pengurus baharu yang menggantikan Maurizio Sarri itu apabila membenarkan bintang Brazil meninggalkan kelab tersebut.
Zola bimbang Luiz akan memperkuatkan bek pertahanan Gunners dan akan memberi kesan kepada skuad itu.
Luiz melengkapkan perpindahan ke Emirates pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan pemain di England menutup tirai 8 Ogos lalu.
Zola menyedari impak Luiz ketika beliau menjadi penolong jurulatih kelab itu di bawah pengurusan Sarri musim lalu.
Luiz pemain terbaik dan layak kekal di Stamford Bridge tapi saya terkejut dia dijual.
“Saya musykil sesuatu berlaku di dalam bilik persalinan menyebabkan dia meninggalkan kelab,” tegasnya lagi.- MalaysiaGazette