KUALA LUMPUR – Malang bagi salah satu suspek yang merompak seorang penunggang motosikal Grab Food di Damansara apabila telefon bimbitnya tercicir di tempat kejadian hingga menyebabkan dia tertangkap.
Kejadian itu berlaku pada 9 Ogos lalu kira-kira pukul 2.53 petang.
Mangsa yang tiba di pintu hadapan bangunan Phileo 2 Damansara telah didatangi dua lelaki Melayu dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 125.
Salah seorang suspek telah menyuruh mangsa turun dari motosikal kerana mendakwa motor yang ditunggang mangsa adalah motor curi dan mahu mengambilnya.
Datang pula kawan suspek dari arah belakang terus memukul mangsa di bahagian kepala menggunakan fork lock menyebabkan mangsa terus bergelut untuk selamatkan diri.
Ketika seorang lagi suspek hendak membawa lari motosikal mangsa, dia sempat lepaskan diri lalu terus menendang motosikalnya sehingga jatuh.
Semasa mangsa sedang bergelut, telefon bimbit salah seorang suspek terjatuh dan dilihat oleh orang awam yang ada di situ.
Malah, saksi turut nampak salah seorang suspek itu membawa parang dibelakangnya.
Mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga, kepala, badan belakang dan mulut.
Polis berkata, bertindak atas maklumat, suspek pertama ditahan pada 10 Ogos kira-kira 4.45 pagi di Taman Kepong, Kuala Lumpur
Polis turut merampas kunci motorsikal jenis Yamaha 125.
5.2, sebuah motosikal jenis Yamaha 125 warna biru no pendaftaran WYH 2149, helmet berwarna hitam bertulisan MS88, sebatang forklock jenama Solcar
Hasil siasatan, lelaki tersebut mengaku terlibat dalam kes yang disiasat bersama seorang suspek yang masih bebas. Dia mengenali rakannya itu ketika di dalam Penjara Kajang pada tahun 2010.
Suspek itu ditahan reman selama enam hari bermula semalam. – MalaysiaGazette