
Baitulmaqdis- Polis Israel melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan bunyi bom tangan untuk menyuraikan keadaan di kawasan Masjid Al-Aqsa di East Jerusalem, titik pertemuan konflik di antara Israel dan Palestin.
Ribuan rakyat Palestin berhimpun di masjid berkenaan bagi meraikan hari pertama Aidiladha yang kebetulan turut disambut dengan cuti Tisha B’Av oleh penganut Yahudi yang pada kebiasaannya menyebabkan ramai pelawat beragama Yahudi ke tanah suci itu.
Menurut laporan Bulan Sabit Merah, sejumlah 16 orang Palestin tercedera manakala 15 lagi dibawa ke hospital.
Yahudi dilarang untuk bersolat dalam kawasan tersebut di bawah perjanjian yang dimeterai sekian lama oleh Israel dan Palestin.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para penyokong Israel mula meningkatkan lawatan ke kawasan tersebut dan sekali gus mencabar perjanjian berkenaan.
Di pihak Palestin, mereka melihat tindakan tersebut sebagai satu provokasi dan bimbang Israel berhasrat untuk merampas kawasan tersebut.
Israel pula melihat Jerusalem sebagai sebuah ibu negara bersama manakala Palestin mahu menduduki East Jerusalem sebagai ibu negara mereka pada masa depan.
Menurut wartawan Al-Jazeera, Harry Fawcett, ketegangan di East Jerusalem telah meningkat dari masa ke semasa.
“Pintu telah dibuka tetapi orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk.
“Terdapat kekecohan besar dan kemudian kami melihat pasukan tentera masuk untuk menyuraikan keadaan,” lapornya.-Agensi