KANADA – Serena Williams sebak selepas mengalami kecederaan memaksa jaguh wanita itu menarik diri dari aksi final Tenis Rogers Cup 2019 semalam.
Serena menentang jaguh Kanada ,Bianca Andreescu yang sedang berlangsung di Toronto, Kanada.
Jaguh berusia 37 tahun pernah ditewaskan dalam aksi Final Wimbledon oleh Simona Halep Julai lalu.
Semasa aksi final semalam Serena mengadu mengalami kekejangan otot belakang kepada jurulatihnya sebelum menarik diri tanpa menamatkan saingan akhir itu.
Lawannya Andreescu mententeramkan Serena di gelanggang.
“Saya tahu betapa teruk kesakitan akibat kecederaan dan kamu sebagai ratu dalam dunia tenis.
“Kamu sudah berusaha sedaya upaya sepanjang karier kamu apatah terhadap kecederaan.
“Saya percaya kamu tahu jika tiba masanya untuk menghentikan aksi jika tidak dapat menahan kesakitan,” nasihat pemain muda itu.
Kini belum pasti Williams akan beraksi dalam Terbuka AS yang akan bermula 26 Ogos ini disebabkan kecederaan tersebut.
Bercakap kepada pemberita selepas aksi final dan penyampaian hadiah, Serena berkata, dia masih memburu gelaran WTA pertama selepas sekian lama berehat setelah melahirkan anak pada September 2017.
“Saya tahu tidak boleh meneruskan aksi final tadi akibat kesakitan teramat sangat.
“Saya minta maaf kepada semua termasuk peminat saya kerana saya tidak dapat menamatkan saingan akibat kekejangan otot di belakang yang menyukarkan saya bergerak juga,” katanya dengan nada sedih.