SYDNEY – Seorang lelaki bersenjata telah ditahan orang ramai di tengah Sydney selepas menikam serang wanita.
Seorang lagi, wanita turut ditemui mati dalam sebuah bangunan apartmen di jalan yang sama tetapi tidak jelas sama ada ia saling berkaitan.
Tetapi polis berkata, lelaki itu cuba untuk melakukan tikaman lain dan terdapat beberapa kes sama.
Rakaman video menunjukkan suspek menjerit ‘Allahu Akbar dan tembak saya’.
Dia melompat ke atas sebuah kereta dengan memegang pisau dan lelaki lain pula berdepan dengannya sambil memegang bangku.
Insiden itu berlaku kira-kira jam 14:00 waktu tempatan (04:00 GMT) pada hari Selasa berhampiran Clarence St dan King St, kawasan sibuk di pusat bandar.
Wanita yang cedera itu dibawa ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Polis mengesahkan tiada ancaman berterusan dan memaklumkan sedang menyiasat sama ada mayat yang ditemui di dalam apartmen itu ada kaitan dengan suspek.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menerusi Twittermenyifatkan ia adalah serangan ganas dan melahirkan rasa bimbang.
Setakat ini motif serangan masih belum diketahui, kata Supritendan Gavin Wood. – MalaysiaGazette