Home Pendapat Dilema masyarakat India dalam Malaysia Baharu

[Surat Pembaca] Dilema masyarakat India dalam Malaysia Baharu

MASYARAKAT India di Malaysia akan terus dipinggirkan oleh Pakatan Harapan. Dengan empat menteri, suara kami terus disenyapkan dan bukannya didengari dengan lebih jelas.

Ini yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy mengenai pengurusan dana-dana di bawah Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra).

Apa yang boleh kami simpulkan adalah Mitra sama sahaja seperti SEDIC, atau mungkin lebih teruk.

  1. P. Waythamoorthy (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) membuat kenyataan bahawa hanya kakitangan awam sahaja yang layak dilantik untuk menguruskan Mitra secara profesional. Namun, kurang dari setahun, kita dapat saksikan Ketua Pengarah yang mana kedudukan tertinggi dalam sesebuah jabatan kerajaan telah meletakkan jawatan.

Susulan itu, beberapa pengarah lain juga meletakkan jawatan dengan alasan yang hanya mereka sahaja tahu. Selepas lebih setahun berlalu, Mitra masih distruktur semula dengan lebih banyak lantikan-lantikan politik. Kesemua pengarah yang masih berkhidmat digantikan dengan lantikan dari luar.

Menteri sepatut mendedahkan pengalaman lantikan semasa dan bekas pegawai terdahulu. Rakyat perlu menilai.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/08/08/sedic-now-under-waythas-unity-and-social-well-being-department/ 

  1. Mitra telah menyalurkan RM31.5 juta dan dijangka menyalurkan baki RM100 juta lagi menjelang hujung 2019. Ini hampir tiga kali ganda peruntukan yang pernah disalurkan oleh SEDIC pada 2018. Dana-dana tersebut disalurkan kepada syarikat-syarikat swasta, institusi kemahiran dan badan bukan kerajaan (NGO). Proses ini telah bertukar menjadi lebih teruk.

Keputusan akhir ditentukan oleh Pemangku Ketua Pengarah sahaja. Keputusan ini dibuat oleh seorang individu sahaja. Syarikat-syarikat swasta yang dipacu keuntungan diberikan geran oleh Mitra. Institusi kemahiran pula menerima dana daripada Kementerian Sumber Manusia dan begitu juga sebaliknya.

Sebuah Sistem Pengurusan Geran dikatakan dibangunkan oleh sebuah universiti secara percuma. Tetapi senarai terkini penerima dana turut merangkumi universiti berkenaan. Apakah perjanjian tersebut dibuat di luar pejabat dan tanpa tender terbuka. Ini hanya satu contoh. Banyak institusi tidak melalui Sistem Pengurusan Geran.

Sebarang cadangan di bawah RM1 juta tidak perlu melalui proses undang-undang Jabatan Perdana Menteri. Tetapi, orang awam melihat kelulusan kertas cadangan dengan angka seperti RM997,300 adalah sesuatu yang luar biasa. Ini yang terkandung dalam senarai yang telah diterbitkan.

  1. Walaupun terdapat banyak kekosongan jawatan telah pun dipenuhi di Mitra tetapi kita tidak pernah mendengar sebarang iklan jawatan kosong di mana-mana media. Sekiranya penjawat awam tidak dilantik ke unit berkenaan, bagaimana jawatan tersebut dapat diisi tanpa melalui proses pengambilan pekerja secara umum? Walaupun Mitra merupakan salah sebuah unit di JPM, tiada ketelusan dari segi lantikan. Sekali lagi, keadaan ini lebih teruk daripada SEDIC di mana Mitra kini diuruskan oleh HINDRAF.
  2. Orang India di Malaysia tersebut tersepit untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun Mitra terus mendapat manfaat daripada menteri dan pasukannya. Modus operandinya sama seperti SEDIC dan dilihat tidak akan berubah dalam masa terdekat.

Tolong jangan khianiati kepercayaan yang rakyat Malaysia telah berikan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

— Pengundi Kecewa.

Nota pengarang: Surat ini ditulis oleh seorang pembaca Malaysia Gazette dan merupakan pendapat peribadi beliau. Ia tidak mewakili pandangan pasukan editorial Malaysia Gazette.