TERKINI : Polis Mengesan Pemilik Akaun Twitter “Zikri Armstrong” #NoraAnne

SEREMBAN – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengesan seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun bernama Zikri Armstrong kerana memuat naik ciapan mendakwa Nora Anne Quoirin dirogol orang asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan dakwaan pengguna Twitter berkenaan dan ia bercanggah dengan laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pakar patologi, hari ini.