NEW DELHI – Rangkaian telefon di Kashmir akan dipulihkan mulai malam Jumaat termasuk di bandar Srinagar.
“Anda akan dapati Srinagar berfungsi pagi esok,” kata Ketua Setiausaha Jammu dan Kashmir, B.V.R. Subrahmanyam.
Tambahnya, talian telefon dijangka boleh digunakan semula pada hujung minggu ini.
Rangkaian telefon dan Internet digantung di Kashmir pada bulan ini selepas kerajaan India membatalkan status istimewanya dalam usaha mencegah protes. – MalaysiaGazette