Home Dunia Pyongyang tolak rundingan dengan Korea Selatan

Pyongyang tolak rundingan dengan Korea Selatan

Kim Jong Un. foto Agensi

SEOUL – Korea Utara menolak sebarang rundingan dengan Korea Selatan sambil menyifatkan keputusan itu adalah akibat tindakan salah Korea Selatan.

Pyongyang mengeluarkan kenyataan itu bagi memberi maklum balas terhadap ucapan Presiden Moon Jae-in semalam.

Sementara itu. Korea Utara telah melancarkan ujian dua peluru berpandu awal pagi ini dari pantai timur, kata tentera Koran Selatan.

Ia merupakan ujian kali keenam dalam bulan ini.

Dua peluru berpandu itu dibedil pada pukul 08:00 (23:00 GMT) dan merentasi sejauh 230 kilometer dengan mencecah altitud 30 kilometer. kata Ketua Kakitangan Tentera Bersama Korea Selatan.

Enam hari lalu, Pyongyang melepaskan dua peluru berpandu balistik jarak dekat di Pantai Jepun.

Ujian-ujian peluru berpandu itu muncul selepas Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un bersetuju untuk memulakan semula rundingan penghapusan nuklear di Semenanjung Korea. – MalaysiaGazette