Home Dunia Gangguan teknikal jejas penerbangan di 4 negeri AS

Gangguan teknikal jejas penerbangan di 4 negeri AS

Lapangan Terbang Los Angeles. foto Agensi

WASHINGTON – Masalah teknikal dalam pemeriksaan kastam di beberapa lapangan terbang utama di negara ini menyebabkan perjalanan penumpang antarabangsa terganggu.

Pihak berkuasa berkata, penggunaan komputer menjadi perlahan selepas berlaku gangguan sistem di seluruh negara.

Lapangan Terbang Los Angeles dalam Twitter berkata, sistemnya perlahan-lahan kembali normal dan gangguan itu “tidak mempunyai kesan yang signifikan terhadap penerbangan”.

Masalah itu mengakibatkan penerbangan penumpang tergendala sekurang-kurangnya di empat negeri.

Selain di Los Angeles, masalah berkenaan dilaporkan berlaku di Seattle, Philadelphia, San Francisco, Houston, Chicago, Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dan Lapangan Terbang Dulles.

Pengawal Kastam dan Sempadan berkata, ia akan menggunakan prosedur alternatif sehingga masalah diselesaikan namun menolak gangguan itu sebagai ‘berbahaya’. – MalaysiaGazette