Home Ekonomi Golongan berpengaruh atasi selebriti dalam trend kecantikan

Golongan berpengaruh atasi selebriti dalam trend kecantikan

Wajah-wajah individu berpengaruh dalam trend kecantikan di Asia Tenggara. Sumber Meltwater

KUALA LUMPUR – Selebriti bukan lagi pengaruh kepada pembeli. Ini kerana, daya tarikan membeli kini dipengaruhi oleh golongan atau wajah-wajah berpengaruh terutama bagi trend kecantikan, penampilan, kandungan dan pengalaman.

Lantaran itu, industri kecantikan kini menggunakan kuasa pemasaran golongan berpengaruh ini.

Laporan daripada Meltwater bertajuk ‘Beyond Skin Deep: Understanding the shopping journey of the Southeast Asian beauty buyer’,  mendedahkan industri kecantikan menyambut baik impak pemasaran oleh golongan berpengaruh dan ia dikaitkan dengan keperibadian tulen sebagai pilihan utama untuk sokongan jenama kecantikan dan kerjasama komersial.

Dapatan laporan Meltwater itu turut mendedahkan wajah-wajah golongan berpengaruh di media sosial kini menjadi pilihan berbanding selebriti bagi kerjasama kecantikan kerana penglibatan mereka lebih tinggi, memberi pulangan kepada pelaburan dan kredibiliti dalam audiens tertentu.

Selain itu, Instagram adalah rangkaian pilihan bagi kerjasama dengan bakat kerana golongan berpengaruh ini lapan kali lebih banyak berada di saluran ini berbanding rangkaian sosial yang lain seperti Twitter dan YouTube.

Laporan itu mendapati, di Asia Tenggara produk bibir paling banyak diperkatakan di media sosial dengan jenama Estee Lauder mendominasi kesemua perbualan.

Manakala Indonesia mempunyai jumlah chatter media sosial yang bercakap mengenai kecantikan adalah sebanyak 38 peratus, meninggalkan Malaysia dan Filipina, masing-masing dengan 29 peratus dan 27 peratus.

J-kecantikan (iaitu jenama kecantikan dari Jepun) memimpin dari segi penguasaan suara berbanding jenama kecantikan Korea dan China.

Manakala, pemilihan penyumbang kecantikan teratas di rantau ini ialah: Sahur Singapura Saleim (@sahursart), Farhanah Firdaus Malaysia (@faafirds), Filipina ‘Anna Cay (@annacay), dan Marcella Febrianne Hadikusomo dari Indonesia
(@cindercella).

Menyokong dapatan Meltwater’s, laporan Celebrity Intelligence turut mendapati golongan berpengaruh adalah penting dalam membentuk pandangan dan keputusan pembelian bagi 80 peratus pembeli barangan kecantikan. – MalaysiaGazette