KUALA LUMPUR – MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini kepada 4.9 peratus.
Berdasarkan perkembangan terkini dan beberapa petunjuk, unjuran itu bersandarkan kepada permintaan dalam negeri yang mantap di tengah-tengah kesan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dan tekanan inflasi yang lebih rendah dan pasaran pekerjaan yang stabil serta perkembangan positif dalam sektor pembinaan.
Di samping itu, pembayaran balik pembayaran balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dibayar penuh kepada individu dan perniagaan menjelang suku ketiga tahun ini, bakal mendorong perbelanjaan yang lebih tinggi oleh sektor swasta dalam pertengahan kedua 2019.
Firma penyelidikan itu berkata, bagi faktor luaran, ia meramalkan trend lemah yang sedikit disebabkan oleh kesan perang perdagangan.
Walau bagaimanapun, kenaikan secara beransur-ansur harga komoditi akan menyokong penjualan minyak mentah dan gas asli serta minyak sawit pada tahun 2019.
Malah, ia juga berpendapat separuh kedua tahun ini akan menyaksikan pemulihan ketara dalam aktiviti pelaburan dan trajektori menaik yang berterusan untuk kegunaan domestik.
Perkembangan positif dalam projek infrastruktur seperti ECRL akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan
pelaburan dalam jangka sederhana dan panjang, khususnya, pelaburan swasta telah menunjukkan peningkatan trend dengan berkembang sebanyak 15.8 peratus tahun ke tahun dan 1.8 peratus pada suku kedua. – MalaysiaGazette