WARSAW – Lebih 24 orang sedang berusaha menyelamatkan dua peneroka gua yang terperangkap dalam sebuah gua di Gunung Tatra, Poland.
Mereka terperangkap selepas gua yang dinaiki air dan menghalang laluan keluar.
Wakil pasukan penyelamat berkata, pihaknya masih belum mendapatkan mereka dan kebimbangan terus meningkat kerana keduaa-duanya terdedah dengan cuaca ekstrem.
Pasukan penyelamat sedang bersedia menggunakan bahan letupan untuk membuka laluan bagi menyelamat mereka tetapi proses itu bukan dapat dilakukan segera.
“Satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah menerusi satu siri tindakan pyrotechnic yang sangat rumit.
“Kami ada bahan yang diperlukan, tetapi ini akan mengambil masa yang lama. Kami perlu bersedia untuk kerja yang boleh berlangsung beberapa hari jika tidak berminggu, ,” kata Jan Krzysztof, Ketua Kumpulan Mencari dan Menyelamat Tatra.
Kedua-duanya terjebak ke dalam Gua Wielka Sniezna, yang terpanjang dan paling dalam di pergunungan Tatra, pada hari Sabtu lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakan-rakan mereka.- MalaysiaGazette