WOLVERHAMPTON – Ole Gunnar Solskjaer tidak mahu menyalahkan Paul Pogba selepas bintangnya itu gagal menyempurnakan penalti ketika Manchester United terikat seri 1-1 bertemu Wolves, awal pagi tadi.
Pogba melepaskan peluang untuk menghadiahkan United kemenangan kedua dalam kempen Liga Perdana musim ini apabila sepakannya diselamatkan penjaga gol Wolves, Rui Patricio.
Ia kali keempat Pogba gagal menyempurnakan penalti sejak permulaan musim lalu.
Sebelum sepakan, pemain antarabangsa tengah Perancis itu dilihat bercakap dengan Marcus Rashford yang dia mahu mengambil tanggungjawab tersebut.
Minggu lalu penyerang muda England itu menyumbat gol melalui penalti ketika menentang Chelsea.
Namun Solskjaer berkata, dia membenarkan Pogba dan Rashford untuk mengambil penalti
“Mereka diberikan tanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti dan bergantung kepada siapa merasakan kali ini tugas saya,” kata Solskjaer. – MalaysiaGazette