Home Nasional Tegak keadilan bukan untuk orang Islam sahaja – Saifuddin

Tegak keadilan bukan untuk orang Islam sahaja – Saifuddin

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media selepas hadir Perhimpunan Bulanan Ogos 2019 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 20 OGOS 2019

PUTRAJAYA – Al-Quran tidak pernah menetapkan hanya  sistem pemerintahan yang menegakkan keadilan hanya kepada penganut satu agama sahaja.

Sebaliknya kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kitab yang dijadikan rujukan orang Islam menetapkan prinsip keadilan perlu ditegakkan kepada semua umat manusia tanpa mengira majoriti dan minoriti.

Beliau selain itu berkata, al-Quran turut menyentuh tentang kesamaan dalam pemerintahan.

“Kalau Islam sudah tentu rujukan utamanya ialah al- Quran dan tentang rujukan di bawah politik dan pemerintahan ini semua scholars setuju satu pendapat dalam kalangan bahawa al-Quran tidak menetapkan satu spesifik  sistem pemerintahan.

“Kitab yang serba lengkap sempurna itu tidak tetapkan spesifik sistem untuk pemerintahan tapi menghidangkan prinsip dan nilai-nilai yang bersifat umum, paling kurang ada 12 nilai dan prinsip tapi paling tersohor adalah yang paling ditekankan ialah keadilaan, dan prinsip keadian ini terpakai ke atas semua manusia.

“Tidak ada kata prinsip keadilan hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, tidak. Mesti tegakkan keadilan ke atas semua manusia, itu prinsip yang diajar ini penting saya ingatkan terutama dalam polemik mutakhir negara kita di masyarakat dan debat di sosial media kadang ada yang semacam terlupa dan mengabaikan asas prinsip yang agama anjurkan.

“Tidak ajar usaha menjalankan tanggungjawab pemerintahan disebut menegakkan keadilan mesti tolong yang sama warna kulit dengan kita, sama bangsa dengan kita, tapi dikatakan dalam al-Quran) mesti tegakkan keadilan kepada segenap umat manusia.

“Kedua adalah persamaan ketiga syura. Beza syura dengan mesyuarat,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Ogos kementeriannya di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian mengulas isu-isu yang timbul sejak kebelakangan ini yang menghimpit masyarakat pelabagi kaum dalam masa yang sama mengundang perdebatan terbuka di sosial media.

Tambah beliau, jika prinsip keadilan dan kesaksamaan difahami oleh semua pihak maka tidak ada isu berkaitan siapa majoriti dan minoriti akan timbul.

Bagaimanapun Saifuddin tidak merujuk dan mengaitkan suatu isu secara spesifik dengan apa yang dikatakannya.

“Sekarang timbul perbahasan tentang manoriti, minoriti kalau kita faham prinsip tanggungjawab menegakkan keadilan ke atas semua umat manusia,prinsip kesamaan terpakai untuk semua mala tidak ada yang mempertikaikan isu manoriti dan minoriti.

“Kalau kita luaskan perspektif dan sudut pandang kita kalau Melayu itu muslim adalah majoriti tapi kalau dia faham prinsip pemerintahan dalam kerajaan yang menjadi keutamaan adalah keadilan dan menghormati kesamaan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette