Home Nasional Ambil tindakan segera pihak kibar Jalur Gemilang terbalik

Ambil tindakan segera pihak kibar Jalur Gemilang terbalik

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta supaya mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba membuat provokasi apabila mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.

Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menegaskan, tindakan pihak terbabit boleh mengundang kemarahan rakyat di negara ini.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

“Sepatutnya semua pihak yang tidak mengira kaum mesti menghormati bendera Malaysia yang merupakan lambang negara ini,” katanya lapor Harakahdaily.

WhatsApp Image 2019-08-20 at 8.16.17 PM

Sejak beberapa hari lalu, tular beberapa keping gambar menunjukkan Jalur Gemilang dipasang dalam keadaan terbalik di beberapa kawasan dan negeri di negara ini.

Sebelum ini juga, Pengerusi Country Height Holding Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew bertindak menukarkan warna bendera Malaysia kepada jalur hitam. – MalaysiaGazette