CHICAGO – Boeing Co merancang untuk menambah kakitangan tambahan dan mengupah pekerja sebanyak “beberapa ratus” sementara di sebuah lapangan terbang di Washington yang menjadi tempat menyimpan pesawat 737 MAX.
Cadangan itu menjelang penghantaran pesawat kepada pelanggan pada bulan Oktober ini.
, yang merupakan langkah utama dalam pelan kes terbaik untuk menyambung penghantaran ke syarikat penerbangan pelanggan pada bulan Oktober.
Pengeluar pesawat terbesar di dunia membelanjakan tunai dengan banyak dalam menghadapi krisis terbuk dalam sejarahnya.
Katanya, para pekerja berkenaan akan membantu dari aspek penyelenggaraan pesawat dan penyediaan penghantaran pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Grant County.
Rancangan pengambilan pekerja adalah langkah terperinci yang akan diambil oleh Boeing untuk melakukan penghantaran beratus-ratus pesawat 737 MAX kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia.
Boeing yang berpangkalan di Chicago tidak dapat melakukan penghantaran pesawat 737 MAX sejak pesawat lorong tunggal itu terlibat dalam dua nahas di Indonesia dan Ethiopia yang mengorbankan 346 orang penumpang dan anak kapal. – MalaysiaGazette