Home Seni Hidup Siti, Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan ke-13

Siti, Datuk K sambut ulang tahun perkahwinan ke-13

KUALA LUMPUR – Hari ini genap 13 tahun penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melayari perkahwinan bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Menerusi entri di Instagram miliknya, Siti, 40, meluahkan rasa terima kasih kepada semua yang tidak jemu mendoakan mereka berdua.

“Sambutan sederhana ulang tahun perkahwinan ke-13 saya dan suami, Alhamdulillah,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan di ruangan komen serta mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Pasangan ini bernikah pada 21 Ogos 2006 di Majlis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah Khalid yang dilahirkan pada 19 Mac 2018. – MalaysiaGazette