Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer didakwa cuba menangguk di air yang keruh apabila menjadikan krisis kewangan yang dihadapi Utusan Melayu sebagai bahan untuk dieksploitasi.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa, Rayer cuba mencemuh UMNO dengan mengambil kesempatan di atas kesempitan yang dihadapi oleh warga Utusan.