TERKINI : TEKUN Bantu Usahawan Jual Barang Sampai kepada Pengguna – Datuk Seri Mohd Redzuan

PUTRAJAYA – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) hari ini membuktikan bantuan 2 dalam 1 menerusi TEKUN Mart Mobile yang dilancarkan hari ini.

Kedai bergerak menggunakan trak bersaiz tiga dan satu tan itu menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof adalah usaha menolong usahawan di bawah TEKUN menjual produk mereka.