Home Nasional Masalah sistem di KLIA dijangka selesai esok

Masalah sistem di KLIA dijangka selesai esok

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Masalah sistem yang dihadapi oleh Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dijangka dapat diselesaikan esok.

Buat masa ini, sistem masih tidak stabil sepenuhnya.

Malaysia Airports Holdings Berhad berkata, pihaknya akan terus bekerja sepanjang masa untuk membetulkan keadaan.
Antara penyelesaian yang sedang digunakan termasuk penggantian peralatan perkakasan.

Menurutnya, MAHB telah telah menerima penghantaran peralatan tersebut dan akan menjalani ujian pada malam ini.

“Kami berharap dapat menyelesaikan situasi ini pada pagi esok (23 Ogos 2019),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

MAHB melahirkan rasa kesal dengan situasi yang berlaku.

Tambahnya, MAHB telah menempatkan hampir 1,000 kakitangan di darat untuk memberi bantuan kepada para penumpang dan syarikat penerbangan.

“Penumpang juga boleh mendapatkan lebih banyak maklumat daripada media sosial kami dan penumpang dinasihatkan untuk sampai ke lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu berlepas.

“Penumpang digalakkan untuk mendaftar masuk melalui aplikasi mudah alih atau laman web syarikat penerbangan masing-masing,” ujarnya sambil memberitahu akan mengemas kini situasi sama ada melalui platform media sosial atau siaran berita

Para penumpang juga diminta mendapatkan bantuan daripada  kakitangan lapangan terbang di lapangan jika memerlukan maklumat mengenai butiran penerbangan. – MalaysiaGazette