Home Ekonomi SMEBizTravel mudahkan perjalanan perniagaan

SMEBizTravel mudahkan perjalanan perniagaan

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Dr. Anis Mahmud (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan SUTRA, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya (tiga kiri), Pengurus Jualan Koprat Air Asia, Athena Pang (dua kiri), Ketua VBS-SEA, VISA, Pimjai Athijagravudh (kiri) serta yang lain bergambar kenangan pada pelancaran platform SMEBizTravel oleh Sri Sutra Travel bagi tempahan trip perniagaan komersil Malaysia di Colony, KL Eco City, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 22 OGOS 2019.

KALA LUMPUR – Merancang perjalanan baik untuk melancong mahu pun menyempurnakan urusan perniagaan kini menjadi kini menjadi lebih mudah menerusi aplikasi digital.

Terbaharu, SMEBizTravel – sebuah platform digital diwujudkan khusus untuk membantu memudahkan pemilik syarikat kecil dan sederhana (SME) merancang perjalanan untuk urusan perniagaan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan SUTRA, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya, platform tersebut akan memenuhi semua keperluan peniaga industri kecil sederhana dalam menguruskan tempahan penerbangan menerusi perisian digital seterusnya menikmati perjalanan dengan mudah.

Sri Sutra Travel menerusi SMEBizTravel, kata Syed Mohd Razif, akan menjadi platform yang pertama seumpamanya menawarkan penyelesaian serta melengkapi percutian perniagaan.

Selain itu turut ditawarkan adalalah baucer menerusi Booking.com yang juga menampilkan kadar istimewa untuk perjalanan ke pelbagai negara di seluruh dunia menerusi pilihan tempat duduk.

“SMEBizTravel menyediakan semua keperluan untuk pemilik SME dalam melancarkan tempahan perniagaan percutian.

“Sutra bertindak sebagai penyelaras digital perjalanan penerbangan. Kita sediakan laporan penuh dan analisis masa perjalanan kepada pelanggan dan akan menguruskan tempahan mereka secara terus. Di mana mana dan pada bila masa sahaja.

“Pelanggan SMEBizTravel bakal menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan rakan kami termasuklah MyCorporate AirAsia dan Goshow tanpa yuran juga akses ke Red Lounge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran SMEBisTravel hari ini.

Sri Sutra Travel, tambah belia,u menyedari kesukaran yang dihadapi oleh pemilik SME khususnya dalam memastikan perjalanan untuk perniagaan mereka termasuk urusan beg dan tempahan diuruskan secara baik.

“Dengan meneroka kepada pasaran SME, ia merupakan permulaan bagi Sri Sutra Travel. Kami kenalpasti potensi pasaran SME dan kami faham SME tulang belakang kepada ekonomi dunia.

“SME kunci kepada perkembangan ekonomi dan sosial.Kami juga maklum bahawa pemilik SME menghadapi kesukaran apabila mereka perlu mengadakan percutian untuk tujuan perniagaan. Sebab itu kami keluarkan penyelesaian yang akan memenuhi pemilik SME,” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette