Home Dunia Tunjuk perasaan: Empat stesen keretapi di Hong Kong ditutup

Tunjuk perasaan: Empat stesen keretapi di Hong Kong ditutup

Stesen MTR di Hong Kong ditutup. foto CNA

HONG KONG – Pengendali tren transit massa (MTR) Hong Kong menutup empat stesen susulan tunjuk perasaan yang dirancang pada hari ini.

Lapangan terbang luar pesisir dan jalan raya serta kereta api beroperasi secara normal walaupun rancangan oleh penunjuk perasaan melaksanakan “ujian tekanan” terhadap rangkaian pengangkutan dan mengganggu trafik selepas berminggu-minggu pergolakan di bekas tanah jajahan British itu.

Pihak berkuasa lapangan terbang telah memohon perintah mahkamah untuk mengelakkan tunjuk perasaan premis itu yang terpaksa ditutup sebahagiannya minggu lepas dan menjejaskan terminal utama selama beberapa hari, mengakibatkan 1,000 penerbangan tertangguh.

Salah satu stesen subway ditutup yang mana tunjuk perasaan dijadualkan diadakan di Semenanjung Kwun Tong. Kedai-kedai di stesen berkenaan turut ditutup.

Penamatan kereta api oleh MTR Corporation selepas pengendali kereta api, yang menjalankan rangkaian di seluruh bandar telah dikritik di media negara China, termasuk Daily People, Parti komunis, kerana membenarkan “perusuh” melarikan diri dalam tren selepas bertembung dengan polis.

MTR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah diberikan injunksi untuk mencegah penunjuk perasaan mengganggu perkhidmatan kereta api dan menghentikan operasi serta-merta jika gangguan berlaku.

Bagaimanapun penunjuk perasaan berkata, mereka akan berjalan ke tempat lokasi tunjuk perasaan, meskipun tiada pengangkutan. – MalaysiaGazette