KAHERAH – Gabungan tentera yang diketuai oleh Arab Saudi memintas dan menjatuhkan enam peluru berpandu balistik yang dilepaskan dari wilayah Saada, dekat Yaman ke bandar Jazan di selatan Arab Saudi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Turki al-Maliki, ketua tentera Arab Saudi.
Serangan daripada Houthi itu mensasarkan infrastruktur dan orang awam di Jazan.
“Usaha berterusan oleh pengganas Houthi yang mensasarkan orang awam dan infrastruktur bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa – menggunakan pesawat terbang dan peluru berpandu balistik.
“Ini membuktikan jenayah pengganas terus meningkatkan permusuhan meskipun jenayah perang bertentangan dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata Al-Maliki dalam satu kenyataan yang dipetik daripada agensi berita Arab Saudi.
Tambahnya, tiada kerosakan dan kemalangan nyawa dilaporkan berlaku. – MalaysiaGazette