KUALA LUMPUR – Selepas teruk ‘diserang’ di laman Twitter, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tsin bertindak memadam ciapan berkaitan sekeping foto.
Beliau sebelum itu memuat naik ciapan ““Akhirnya, 1 juta Pak guard dari Bangladesh telah sampai…. ka ka ka…” merujuk kepada gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO di Janda Baik semalam.
Ciapan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang disifatkan sebagai memalukan dan tidak mencerminkan personaliti seorang timbalan menteri.
Ada juga yang kesal kerana selepas dipilih oleh rakyat untuk menerajui tampuk pemerintahan negara ini namun masih ada pemimpin Pakatan Harapan yang bertindak seperti mereka masih lagi berada dalam kem pembangkang. – MalaysiaGazette
Artikel berkaitan:
Timbalan Menteri ‘diserang’ gara-gara samakan Skuad Sabil dengan pak guard dari Bangladesh