Home Nasional 70 peratus kebakaran hutan berjaya dipadam

70 peratus kebakaran hutan berjaya dipadam

Kebakaran hutan di Kampung Pekajang terbabit bermula sejak Rabu lepas (21 Ogos).

JOHOR BAHARU — Sebanyak 70 peratus dari kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, dekat Gelang Patah, berjaya dipadamkan menurut Bomba dan Penyelamat negeri Johor.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang yang ditutup sementara sehingga hari ini, dinasihatkan terus tutup sehingga keadaan kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, bertambah baik.

Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon.

Kebakaran hutan di Kampung Pekajang terbabit bermula sejak Rabu lepas (21 Ogos).

— BERNAMA