Home Dunia Kepak ‘ayam’ dan nugget sayur-sayuran KFC

Kepak ‘ayam’ dan nugget sayur-sayuran KFC

KFC bakal memperkenalkan menu terbaharunya berasaskan sayur-sayuran kepada pelanggan 'vegetarian' di seluruh dunia.

AMERIKA SYARIKAT – Masyarakat yang mengamalkan pemakanan sayur-sayuran atau vegetarian dan dahagakan ‘daging ayam’ dalam bentuk nugget bakal menerima berita gembira.

Restoran Francais makanan segera ayam tersohor dunia, KFC sudah menyediakannya tidak lama lagi.

Ini kerana selepas memperkenalkan burger sayur-sayuran, KFC kini dalam proses menguji nugget dan ‘kepak daging ayam’ berasaskan sayur-sayuran.

Jika segalanya berjalan lancar produk ayam berasaskan sayur-sayuran itu akan diperkenalkan di cawangan KFC seluruh dunia tidak lama lagi.

Nugget baharu KFC yang sudah berada di cawangan Atlanta hari ini dengan kerjasama syarikat pengeluar makanan sayur-sayuran terkemuka bernama Behyond Meat menghasilkan menu baharu vegetarian dengan nama Beyond Fried Chicken.

‘Kepak ayam’ dihidangkan bersama nugget sayur-sayuran di beberapa cawangan terhad di Amerika Syarikat (AS).

KFC juga merancang mendapatkan maklumbalas pelanggan secara mendalam terhadap produk baharu dalam percubaan itu bagi menentukan sama ada mahu membekalkan nugget dan kepak ‘ayam’sayur sayuran itu ke seluruh AS.

Jika ujian itu berjaya dan disambut baik, nugget sayur-sayuran itu akan diedarkan di seluruh United Kingdom.

Untuk memudahkan penggemar makanan sayur-sayuran, produk nugget dan kepak ayam sayur-sayuran itu diedarkan dalam kotak berwarna putih hijau dengan tertera wajah bapa KFC,  Kolonel Harland David Sanders.

Kotak hijau KFC itu akan tertera dengan perkataan A Kentucky Fried Miracle.

Namun KFC mendakwa para pelanggannya akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan perbezaan antara nugget berasaskan sayur-sayuran dan nugget ayam.

Organisasi yang memperjuangkan nasib haiwan dan binatang yang aktif di AS iaitu PETA.org mengalu-alukan usaha KFC yang memperkenalkan produk berasaskan sayur-sayuran kepada pelanggannya.

Katanya, inisiatif baharu KFC itu akan membolehkan pelanggan menyedari betapa pentingnya melindungi nyawa haiwan.

PETA juga melancarkan petisyen yang membolehkan setiap awam menandatangani sebagai menyokong Nugget sayur-sayuran dan kepak sebagai opsyen untuk pelanggan di serata dunia.- MalaysiaGazette