Home Nasional NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung

NIOSH nafi kontrak pengerusi tidak disambung

Lee Lam Thye
Tan Sri Lee Lam Thye.. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 04 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menafikan laporan sebuah portal berita mengenai isu kontrak Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye yang tidak disambung.

NIOSH dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan bahawa, tiada sebarang kenyataan atau keputusan yang dibuat pihaknya mahupun Kementerian Sumber Manusia berhubung kontrak Lee.

“Kenyataan yang terkandung dalam berita tersebut adalah tidak benar sama sekali, dan NIOSH menafikan perkara ini,” demikian menurut kenyataan media institut berkenaan.

Semalam, portal berita berkenaan menerbitkan sebuah laporan berbentuk spekulasi berkenaan kedudukan Lee dalam institusi berkenaan yang dikatakan ‘dipaksa’ meninggalkan NIOSH, sebelum kontrak beliau tamat pada 20 Sept ini.- BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN:

Lee Lam Thye ‘dipaksa’ tinggalkan NIOSH sebelum masanya?