Home Nasional Punca kebakaran blok Fakulti Ekonomi UM masih disiasat

Punca kebakaran blok Fakulti Ekonomi UM masih disiasat

Kebakaran telah berlaku di Tingkat 2 dan Tingkat 3, Blok H10, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.-pix ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR –  Kebakaran telah berlaku di Tingkat 2 dan Tingkat 3, Blok H10, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM) yang menempatkan Pejabat Akademik (Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi), pejabat pentadbiran dan bilik-bilik pensyarah awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian yang berlaku sekitar jam 1.15 pagi itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa tetapi memusnahkan kelengkapan pejabat dan barangan peribadi pensyarah terbabit.

UM dalam kenyataannya berkata, siasatan terhadap punca kebakaran sedang dilaksanakan oleh pasukan yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). – MalaysiaGazette