TERKINI : Lebih Baik Mengaku Ada Lagi Kemiskinan Daripada Mengelat – Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – “Lebih baik mengaku (negara) ada masalah kemiskinan daripada mengelat,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhriz Mahathir.

Beliau diminta mengulas dapatan wakil khas PBB yang mengatakan data rasmi kemiskinan tegar di Malaysia adalah tidak tepat.

Menurut Muhriz, sekiranya garis pengukur kemiskinan dinaikkan ke paras RM1,200 sebulan misalnya, jumlah isi rumah yang dikategorikan miskin tegar akan meningkat.