LONDON – Masa depan Alexis Sanchez terjawab apabila Manchester United bersetuju untuk meminjamkan penyerang itu ke Inter Milan.
Kelab gergasi Itali itu dikatakan sedia membayar kira-kira £4.5 juta (RM23.24 juta) sebagai pendapatan tahunan untuk pemain skuad kebangsaan Chile itu.
Selain itu, tiada bantahan untuk menjadikan perjanjian berkenaan sebagai kekal.
Sanchez dijangka ke Milan pada Rabu bagi menjalani pemeriksaan perubatan dan bersama dengan bekas rakan sepasukan, Romelu Lukaku. – MalaysiaGazette