PUTRAJAYA – Ahli PKR bebas membuat laporan polis kerana parti itu mengamalkan dasar terbuka.
Namun Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, apa yang penting laporan dibuat itu mesti berasas. Beliau yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan diminta mengulas tindakan beberapa ahli PKR Kapar yang membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggunakan perkataan ‘pariah’.