Home Sukan Bury FC cabar keputusan EFL di mahkamah.

Bury FC cabar keputusan EFL di mahkamah.

Peminat dan penyokong kelab Bury FC menunggu di hadapan Stadium Bury FC untuk mengetahui nasibnya.

ENGLAND – Kelab Divisyen 1 England, Bury FC mengugut Pengurusan Liga Bola Sepak England (EFL) ke mahkamah sebagai langkah menghalang penyingkiran kelab itu dari liga tersebut.

Pengurus EFL mengeluarkan Bury FC daripada saingan liga EFL pada Selasa lalu.

Tindakan itu menyusul malam sebelum kelab Bolton Wonderes yang dilanda krisis kewangan diselamatkan dengan pengambilalihan berjumlah 10 juta pound.

Pemilik baharu Bury FC, SJ Global berjanji untuk menyelamatkan kelab berusia 145 tahun itu dengan nilai 7 juta pound dan tawaran itu diterima pemilik semasa Steve Dale.

Namun Pengurus EFL, Debbie Jevans mendakwa setakat ini tidak ada sebarang proses rayuan atau pengesahan proses pengambilalihan kelab itu oleh pendana baharu menyebabkan tindakan penyingkiran itu terpaksa dilaksanakan segera.

Kini Konsortium Gigg Lane disokong peguam sukan Chris Farnell dan Wakil Rakyat kawasan Bury North James Firth menulis surat kepada EFL untuk mengeluarkan injunksi.

“Kami tahu ini peluang terakhir untuk menyelamatkan Bury FC dan kami merasakan ada alasan munasabah untuk bertindak demikian (injunksi).

“Injunksi ini adalah daripada pemain, pengurus dan kakitangan SJ Global dari Bury FC untuk menyelamatkan kelab itu.

EFL membatalkan keahlian kelab Bury FC dalam EFL pada Selasa lalu iaitu pada saat terakhir sebelum Dale meluluskan dana untuk menyelamatkan kelab itu.

EFL dikatakan sepatutnya membantu menyelamatkan kelab ini bukan bertindak tergesa-gesa menyingkir kelab ini.

Wang SJ Global telah didepositkan dan pemilik baru mendesak EFL untuk menyemak semula keputusannya sementara mencabar keputusan EFL di mahkamah.- MalaysiaGazette