KUALA LUMPUR – Polis mengesan suami kepada mendiang Tan Siew Mee atau Emilly yang mayatnya dijumpai di dalam sebuah beg baru-baru ini.
Suami mangsa, Lim Ah Kee @ Lim Kok Hoe atau dikenali sebagai Jimmy yang berusia 79 tahun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta menghubungi Asisten Supritendan Mohammad Daniel Lee Abdullah di talian 03- 552 0222.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, post mortem di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang mendapati mayat itu ditemui sebatang cota besi di dalam beg yang sama.
“Hasil pemeriksaan didapati ada kesan tikaman dan kesan hiris pada mayat tersebut. Kecederaan adalah disebabkan objek tajam dan punca kematuan ialah multiple stab wound to the abdomen,” katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.
Sebelum itu, pda 26 Ogos lalu, dua juruteknik syarikat telekomunikasi yang memeriksa kabel bawah tanah yang menghidu bau busuk dipercayai mayat.
Mereka kemudiannya menjumpai sebuah beg coklat di dalam parit yang ada kesan darah dan objek seperti badan manusia.
Mereka menjumpai beg berkenaan di Persimpangan Persiaran Klang dan Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27 di Shah Alam.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: