Home Sukan Cheng Ho puas hati walaupun tewas

Cheng Ho puas hati walaupun tewas

Pemain Malaysia, Mohd Nor Azam Abdul Azih menyelamatkan percubaan daripada pemain Jordan ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Malaya tewas 0-1 kepada Jordan dalam aksi persahabatan antarabangsa 2019 yang telah berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pasukan pelawat  mengejutkan skuad tuan rumah dengan membuka jaringan seawal minit ke-7 perlawanan separuh masa pertama.

Malaysia yang turun dengan pemain berpengalaman Muhammad Shafawi Rashid ternyata hambar dalam mencari gol penyamaan.

Harimau Malaya terus mempamerkan aksi yang tidak konsisten dan gagal mengawal bola selain hantaran tidak kemas untuk melakukan serangan balas.

Skuad negara menerusi pemain seperti Corbin Ong Lawrence dan Muhammad Shafiq Ahmad Muhammad Shahrel Fikri bijak mengelecek bola dan melakukan beberapa percubaan namun penyudah yang tumpul menggagalkan usaha menacari gol penyamaan.

Rentak permainan agak agresif di babak kedua memberi harapan kebangkitan pasukan kebangsaan dengan beberapa serangan balas dan percubaan tepat.

Pemain Malaysia, Mohd Nor Azam Abdul Azih menyelamatkan percubaan daripada pemain Jordan, Ahmed Ersan ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

Bercakap dalam sidang media selepas perlawanan, Ketua Jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe menyatakan rasa berpuas hati dengan persembahan anak buahnya atas padang sepanjang 90 minit.

“Separuh masa pertama kami mulakan rentak agak perlahan sehingga dihukum gol oleh lawan seawal minit ke-7 yang tidak sepatutnya berlaku.

“Namun di separuh masa kedua kami beraksi lebih agresif menekan bola dengan serangan balas malangnuya gagal menghasilkan gol penyamaan yang sangat diperlukan itu.

“Apa yang saya mahu sarankan adalah supaya mereka kekalkan momentum ini dan kita tidak mudah hilang fokus terlalu awal jika jumpa Indonesia (5 September) nanti…namun sikap kelemahan seperti membiarkan lawan menjaringkan gol baru nak bangkit perlu dielakkan,” katanya.

Malaysia akan bertemu Indonesia pada Pusingan Kedua Kumpulan G Pusingan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asian 2023 pada 5 September ini.

Pemain Malaysia, Brendan Gan menanduk bola sambil dihalang pemain Jordan, Youseff Alrawashda ketika beraksi pada perlawanan Persahabatan Antarabangsa di antara pasukan Malaysia menentang Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 30 OGOS 2019.

Justeru jelas beliau, anak buahnya masih perlu belajar untuk tidak cepat hilang bola dan mengawal bola dan posisi atas padang seperti yang dilakukan Jordan jelas meningkatkan momentum aksi.

Dalam pada itu beliau mahu bek tengah Harimau Malaya, Adam Nor Azlin dan Shahrul Mohd Saad meningkatkan prestasi.

“Mereka perlu ada ‘command’ untuk pastikan rebut bola dengan pantas jika kehilangan bola kepada lawan..

“Aksi malam tadi kalau tengok Muhammad Syafiq Ahmad ternyata membawa impak sejurus selepas dimasukkan pada separuh masa kedua dan dia akan terus diserapkan untuk perlawanan akan datang di Indonesia nanti,” katanya.- MalaysiaGazette