Home Sukan Wong peroleh emas di Olahraga Paralimpik Dunia di Paris

Wong peroleh emas di Olahraga Paralimpik Dunia di Paris

KUALA LUMPUR – Atlet lompat jauh paralimpik negara, Johathan Wong Kar Gee menghadiahkan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2019 dengan sebutir pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix Terbuka Dunia Handisport, di Paris, Perancis, pada Jumaat (Sabtu waktu Malaysia).

Atlit dari Sabah berusia 28 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.03 meter, untuk memenangi pingat emas dalam kategori T11/12 (masalah penglihatan) pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Paris Charlety, menurut laman sesawang kejohanan; www.handisport-open-paris.org.

Bagaimanapun lompatan itu, jauh daripada cacatan peribadi terbaiknya 7.22, yang dilakukannya di Terbuka China, Mei tahun lepas.

Sejumlah 700 atlet paralimpik daripada 40 negara mengambil bahagian pada kejohanan tiga hari yang bermula 28 Ogos.- BERNAMA