Home Dunia Seoul mahu kongsi maklumat risikan dengan Bangkok

Seoul mahu kongsi maklumat risikan dengan Bangkok

Moon Jae-in. foto Agensi

SEOUL- Ketegangan perang perdagangan China-Amerika Syarikat yang semakin memuncak ditambah dengan pertikaian di antara Korea Selatan dan Jepun, Seoul kini mengambil langkah menggandakan hubungan diplomatiknya dengan Asia Tenggara.

Pada 1 September, Presiden Moon Jae-in akan memulakan lawatan ke Thailand, Myanmar dan Laos sebagai sebahagian daripada Dasar Selatan Baharu yang akan memacu ke arah pengurangan pergantungan kepada Amerika Syarikat, China, Jepun dan Rusia.

Bagi menunjukkan peningkatan minat terhadap Asean, Korea Selatan mencadangkan pakatan perkongsian risikan yang digelar Perjanjian Keselamatan Umum Maklumat Ketenteraan (GSOMIA) dengan Thailand.

Cadangan tersebut telah diluluskan oleh kabinet Korea Selatan bulan ini selepas Seould membatalkan pakatan GSOMIA dengan Tokyo minggu lepas.

Langkah yang pertama kali dibuat itu mengundang kritikan daripada pegawai-pegawai Amerika Syarikat kerana dianggap mengancam untuk memperlecehkan pakatan pertahanan yang dijalin selama ini dan telah membantu negara tersebut mengekang kemaraan Korea Utara, Rusia dan China di timur laut Asia.

Menurut pegawai-pegawai Amerika Syarikat, keputusan tersebut membahayakan 28,500 anggota tentera di Korea Selatan.- Agensi