Home Sukan Vettel sekat Hamilton bantu Charles Leclerc juarai GP Belgium

Vettel sekat Hamilton bantu Charles Leclerc juarai GP Belgium

Charles Leclerc menjuarai F1 GP Belgium selepas Vettel membantu menyekat Hamilton di atas litar semalam.

BELGIUM – Jarang sekali mendengar seorang bekas juara dunia empat kali Formula 1 Sebastian vettel diarah pasukannya untuk memberi laluan kepada rakannya menamatkan saingan sebagai juara.

Namun itu senario yang berlaku kepada Vettel semasa Grand Prix Belgium Ahad semalam.

Selepas pelumba handalan warga Jerman itu mengetahui dirinya sukar untuk berlegar juara perlumbaan, beliau mula mengalih fokus untuk bermain secara berpasukan.

Selepas Charles Leclerc mendominasi perlumbaan sejak awal lagi, Vettel diarahkan pengurus pasukan untuk membuka ruang kepada Leclerc menamatkan saingan selaku juara.

Vettel mula mengawal kedudukanya sambil cuba melambatkan rentak kelajuan pesaing terdekatnya Lewis Hamilton dari Mercedes daripada mara ke hadapan untuk memastikan Leclerc menamatkan saingan selaku juara.

Strategi permainan the Scuderia berjaya membuahkan hasil menyaksikan Leclerc menaiki podium selaku juara GP Belgium untuk kali pertama musim ini dihadapan Hamilton manakala Vettel menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

“Untuk pasukan ya…saya gembira, tetapi secara peribadi saya kecewa,” akui Vettel selepas perlumbaan semalam.

“Ia perlumbaan yang mencabar, dari hentian pit pertama saya sudah menjangkakan sukar  untuk mengejar kejuaraan petang itu.

“Jadi apa yang saya boleh lakukan ialah membantu pasukan untuk menyusun strategi memenangkan rakan sepasukan yang mendominasi perlumbaan atas litar.

“Saya bergelut di setiap selekoh sehingga memberi ruang untuk Hamilton mengejar rapat dan tidak dapat bertahan lama.

“Maka saya cuba memastikan dia kehilangan jarak dan masa dengan Leclerc dan akhirnya berjaya memberi keputusan yang diharapkan,” katanya.

Leclerc merakamkan penghargaan kepada rakan sepasukan juara dunia empat kali itu kerana membantu menjuarai GP Belgium.

“Vettel sangat baik orangnya. tanpa bantuan, kemenangan ini tidak bermakna untuk saya hari ini kalahkan Hamilton,” tegasnya.

Dengan kemenangan itu, Leclerc ketinggalan 12 mata diu belakang Vettel dalam carta kedudukan pelumba.

Hamilton mendahului carta dengan 268 mata diikuti rakan sepasukannya Valtteri Bottas di rangking kedua dengan 203 mata.

Manakala Max Verstappen dari Red Bull Racing menduduki tempat ketiga dengan 181 mata diikuti Vettel dengan 169 mata.- MalaysiaGazette