Home Dunia Sepanyol selamatkan 200 pendatang asing di Mediterranean

Sepanyol selamatkan 200 pendatang asing di Mediterranean

Pendatang asing yang menyeberangi Laut Mediterranean diselamatkan oleh Sepanyol. foto Agensi

MALAGA – Hampir 200 orang pendatang diselamatkan ketika cuba menyeberangi Afrika Utara ke Sepanyol, kata pengawal pantai.

Operasi menyelamat itu dibuat bot-bot amal setelah kapal organisasi bukan kerajaan Sepanyol berada di tengah kebuntuan dengan halangan dan bantahan daripada negara-negara Eropah bulan lalu.

Di Selat Gibraltar pula seramai 73 orang termasuk 10 kanak-kanak diselamatkan daripada tiga, kata agensi penyelamat Sepanyol.

Selain itu, 110 orang juga telah diselamatkan daripadalima buah bot di Laut Alboran, sebahagian besarnya akan dibawa ke pelabuhan Malaga.

Sehingga pertengahan Ogos lalu, seramai 18,000 pendatang asing telah tiba di Sepanyol, kata Kementerian Dalam Negeri.

Jumlah itu, katanya, berkurangan sebanyak 39 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. – MalaysiaGazette