Home Nasional Video seks: Lokman harap berita AG tunggu masa ambil tindakan benar

Video seks: Lokman harap berita AG tunggu masa ambil tindakan benar

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menunjukkan kenyataan gambar isu kes video Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali semasa hadir untuk memberi berhubung Laporan Forensik Video oleh Pakar United Kingdom di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 SEPTEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk diambil keterangan dan menyerahkan laporan forensik video seks songsang yang didakwa melibatkan seorang menteri kanan.

Ketika bercakap kepada media sebelum memberi keterangan, Lokman berkata, pihaknya telah menyerahkan dokumen itu melalui aplikasi wasap kepada pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Khairul Riduan.

“Saya juga difahamkan kenyataan yang dibuat oleh Datuk Huzir (Mohamed) dari Jabatan Siasatan Jenayah mengatakan dokumen ini telah diterima oleh polis.

“Cuma ada dua laporan berbeza iaitu mengikut laporan Utusan Malaysia, laporan itu hendak digunakan untuk menyiasat mereka yang terlibat dalam menyebarkan video berkenaan.

“Saya hendak beritahu, saya tidak terlibat dalam menyebarkan video seks luar tabii Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pasangannya Haziq Abdul Aziz,” katanya di sini hari ini.

Lokman tiba di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 11.10 pagi dan mengadakan sidang media ringkas kepada wartawan yang menunggunya sejak jam 10.30 pagi.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, laporan portal FMT pula mengatakan dokumen itu telah diterima dan akan digunakan untuk melakukan pendakwaan ke atas pelaku.

“Saya tidak pasti laporan mana satu yang tepat cuma peringkat awal kami buat laporan forensik di United Kingdom ini disebabkan laporan forensik kami di Indonesia tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Tapi laporan forensik di UK ini boleh dedahkan mengenai dapatan pakar hasil kajiannya untuk diviralkan kepada rakyat.

“Laporannya mengatakan video yang kami ambil dari aplikasi WhatApss Jamuan Raya Azmin Ali telah diperiksa oleh pakar dan dapati tidak ada kesan manipulasi.

“Video ini mengesahkan dari segi tanda garis rambut, dagu dan kening kiri Mohamed Azmin sepadan dengan lelaki dalam video dengan gambar Mohamed Azmin yang kita serahkan,” katanya.

Cuma kata Lokman, gambar Haziq semua sepadan kecuali telinga dan tidak ada misai dalam video tetapi ada misai dalam gambar yang diserahkan namun pakar berkata ia perbezaan yang boleh dijelaskan.

Katanya, dengan bukti yang diperoleh dari pakar UK itu, beliau berharap apa yang dilaporkan oleh portal FMT akan berlaku.

Jelasnya, beliau juga dimaklumkan polis sudah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk membolehkan pendakwaan ke atas Mohamed Azmin.

“Jika ini berlaku, saya sudah arahkan peguam saya untuk menggugurkan nama Ketua Polis Negara sebagai salah seorang defendan yang akan kami saman.

“Tapi dalam minggu ini juga peguam saya akan serahkan notis kepada Peguam Negara dan serahkan satu salinan laporan forensik dari pakar UK kepada Peguam Negara dan kita berikan tujuh hari untuk beliau melakukan pendakwaan.

“Jika Peguam Negara gagal lakukan pendakwaan maka saman terhadapnya kami akan teruskan,” katanya.- MalaysiaGazette