Home Ekonomi Jualan kereta Jepun di Korea Selatan merosot

Jualan kereta Jepun di Korea Selatan merosot

Toyota

SEOUL – Pengeluar-pengeluar kereta Jepun mencatatkan penurunan jualan yang ketara di Korea Selatan pada bulan Ogos, susulan boikot ke atas kenderaan buatan Jepun.

Boikot itu disusul pertikaian diplomatik antara dia negara.

Toyota Motor Corp dan pembuat kereta Jepun yang lain menyaksikan jualan kenderaan di Korea Selatan jatuh 57% kepada 1,398 kenderaan pada bulan Ogos berbanding tahun sebelumnya, lebih curam daripada kejatuhan 17% pada bulan Julai.

Keputusan Jepun pada bulan Julai untuk mengetatkan kawalan ke atas bahan eksport yang digunakan oleh Korea Selatan untuk membuat semikonduktor dan skrin paparan telah mendorong tindak balas pengguna di Korea Selatan.

Penduduk Seoul pula membalasnya dengan memboikot, pakaian, kenderaan dan lawatan ke negara jirannya.

Hubungan antara dua sekutu Amerika Syarikat itu tegang selepas Korea Selatan membuat tuntutan untuk mendapatkan pampasan  tenaga buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.

Jualan kenderaan Jepun di Korea Selatan jatuh 59% kepada 542 pada bulan Ogos berbanding tahun sebelumnya, manakala jualan Honda Motor jatuh 81% kepada 138.

Toyota Lexus adalah jenama Jepun yang paling laris di Korea Selatan, dengan jualan mencecah 603 kenderaan pada bulan Ogos, naik 7.7% berbanding tahun sebelumnya, tetapi turun 39% dari Julai. – MalaysiaGazette