Home Nasional PM adakan pertemuan dua hala dengan Vladimir Putin di Rusia

PM adakan pertemuan dua hala dengan Vladimir Putin di Rusia

Tun Dr. Mahathir Mohamad. foto HAZROL ZAINAL, 29 OGOS 2019.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan ke Rusia hari ini dalam lawatan kerjaya selama tiga hari.

Lawatan itu atas jemputan Presiden Rusia, Vladimir Putin sempena Forum Ekonomi Timur (EEF).

“Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama semasa Sesi Plenari EEF 2019 bersama-sama Presiden Persekutuan Rusia dan juga pemimpin-pemimpin lain yang telah dijemput menghadiri Forum tersebut.

“Perdana Menteri juga dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Persekutuan Rusia dalam usaha Malaysia untuk memperkukuhkan lagi jalinan persahabatan dan kerjasama dengan Persekutuan Rusia,” demikian menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri diiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Perdana Menteri akan menyertai pemimpin dunia pada forum itu yang merupakan platform bagi membincangkan isu-isu yang bermatlamat meluaskan kerjasama antarabangsa di Asia Pasifik.

Pada Khamis, beliau dijadual berucap pada sesi pleno forum berkenaan, acara utama EEF kelima yang berlangsung di kampus Far Eastern Federal University.

Ini kali pertama Dr. Mahathir dan anggota delegasi menyertai EEF. -MalaysiaGazette