• Utama
  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Cari
Tuesday, May 13, 2025
  • Sign In
  • ms MS
    • ms MS
    • en EN
MalaysiaGazette
  • Utama
    • Jenazah Nurul Azwani selamat dikebumikan

      OKU culik kanak-kanak dipenjara dua tahun

      Suami isteri ditemui mati dipercayai dibunuh di rumah sendiri

      Jufazli didakwa atas tuduhan hina PM

      Sumber air terkumpul di Gunung Inas, mengalir laju di cerun punca banjir – MB

  • Nasional
  • Politik
  • Ekonomi
  • Dunia
  • Seni Hidup
  • Sukan
  • Pendapat
  • MGTV
  • Galeri
  • MG English
Home Sukan Qatar lancar logo rasmi Piala Dunia 2022
  • Sukan

Qatar lancar logo rasmi Piala Dunia 2022

By
Agensi
-
4 September 2019

QATAR – Tuan rumah, Qatar secara rasminya melancarkan logo Piala Dunia 2022 di Doha dan juga di bandar Madrid, Buenos Aires dan Beirut serta beberapa kota raya utama dunia lain.

Logo yang memaparkan rekaan selendang Arab berwarna merah hati dibentuk seperti nombor lapan yang membawa simbol infiniti dan dicetak perkataan ‘FIFA WORLD CUP Qatar 2022’.

Rekaan logo itu diilhamkan daripada selendang tradisional warga tempatan yang lazim dipakai sepanjang musim sejuk.

Majlis pelancaran berlangsung di perkarangan Bangunan Arkib Kebangsaan dekat Bandar Msheireb, di bahagian selatan lengkap dengan kawalan tentera berkuda sambil disaksikan ratusan hadirin.

Gimik pelancaran bermula tepat pada jam 20:22 waktu tempatan (1722 GMT) sebagai simbolik tahun penganjuranya pada 2022 yang dipancarkan ke bangunan.

Piala Dunia 2022 akan berlangsung pada November hingga Disember 2022 bagi mengelak suhu panas di negara teluk itu.

Beberapa bulan kebelakangan ini, Qatar sudah meningkatkan persiapan promosi ke peringkat global.

Mei lalu, Qatar merasmikan Stadium al-Janoub dengan kapasiti 40,000 penonton dengan satu pertandingan Piala Emas dilangsungkan di situ.

Arena stadium itu hasil rekaan arkitek kelahiran Britain-Iraq, Zaha Hadid dibina di pesisir pantai selatan Doha, dibina dengan harga AS$575 juta (RM2.4 bilion).

Daripada lapan stadium baharu yang dibina untuk Piala Dunia, Stadium Antarabangsa Khalifa paling awal disiapkan dan bakal digunakan pada Kejohanan Olahraga Dunia, hujung bulan ini.

Pihak berkuasa juga membina rangkaian jalan raya baharu bagi melancarkan aliran trafik yang menghubungkannya dengan semua stadium, hub pengangkutan utama dan lokasi tumpuan pelancongan. – MalaysiaGazette

Agensi
+ postsBio ⮌
    This author does not have any more posts
  • Tag
  • logo
  • Piala Dunia
  • Qatar

Artikel BerkaitanLagi artikel dari penulis

Sukan

DBKL diminta serah kembali pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur kepada KLFA

Sukan

Pereira sertai Fulham

Sukan

Nunez dipilih Pemain Terbaik Liga Portugal

Artikel Popular

MalaysiaGazette.Com memulakan operasi pada 1 Ogos 2013 bagi memenuhi cabaran dalam dunia kewartawanan siber yang berkembang pantas di dalam dan luar negara.Membariskan para wartawan, jurufoto dan juruvideo yang berpengalaman luas, MalaysiaGazette.Com menyiarkan pelbagai dimensi berita dalam mengikuti perkembangan semasa.
Hubungi Kami: [email protected] / [email protected]

BERITA TAMBAHAN

Laksana inisiatif tambah baik pergerakan di sempadan Malaysia-Singapura

5 March 2025

11 kenderaan dirempuh lori dalam kejadian di Seberang Tambak

19 September 2024

Bung Moktar tepis dakwaan tali barut dalam usaha menuntut MA63

19 September 2024

KATEGORI POPULAR

  • Nasional46035
  • Politik15953
  • Utama14299
  • MGNews12612
  • Ekonomi11568
  • Dunia9772
  • Foto Pilihan8604
  • Hubungi Kami
  • Webmail
© 2013-2022 MalaysiaGazette, All Rights Reserved