NEW YORK – Walmart menghentikan jualan beberapa jenis peluru selepas kes tembakan baru-baru ini, termasuk satu di salah satu kedai di Texas yang menyebabkan 22 orang mati.
Ketua Pegawai Eksekutifnya berkata, pasar raya itu akan menghentikan penjualan beberapa peluru yang digunakan dalam senjata serangan dan pistol.
Keputusan itu dibuat disebabkan tekanan yang semakin meningkat dan sering dirujuk sebagai tempat penjualan senjata api terbesar di Amerika Syarikat.
Sehubungan itu, Doug McMillon berkata, Walmart “mendengar”.
“Ia adalah jelas bagi kami bahawa status quo tidak boleh diterima,” katanya dalam satu nota kepada kakitangannya.
Firma itu juga berkata, ia akan menghentikan penjualan senjata di Alaska, satu-satunya tempat ia masih menawarkan senjata sedemikian.
Firma itu turut meminta para pelanggannya dan Sam’s Club untuk menghentikan tindakan menembak secara terbuka, walaupun di negeri-negeri yang masih dibenarkan.
Tindakan itu akan menimbulkan kebimbangan, katanya.
McMillon menambah, pihaknya tahu keputusan itu tidak menggembirakan sebahagian pelanggannya tetapi berharap semua pihak memahami. – MalaysiaGazette