WASHINGTON – Pentagon akan menarik balik dana sebanyak AS$3.6 bilion daripada 127 projek Jabatan Pertahanan untuk membiayai perbelanjaan pembinaan tembok sempadan Mexico.
Projek-projek itu membabitkan sekolah-sekolah, pusat penjagaan harian bagi keluarga tentera.
Sekolah-sekolah untuk anak-anak anggota tentera Amerika Syarikat dari Kentucky- Jerman-Jepun akan terjejas.
Dana pusat penjagaan anak di Pangkalan Bersama Andrews di Maryland – rumah Air Force One – juga akan yang dialihkan, kata Pentagon.
Trump mengisytiharkan kecemasan kebangsaan awal tahun ini untuk mengakses dana daripada bajet pembinaan tentera.
Pada bulan Mac, Pentagon mengemukakan senarai projek yang dijangka terjejas kepada Kongres jika peruntukan sedia ada dialihkan bagi pembinaan tembok.
Pegawai Pentagon dalam satu taklimat berkata, jabatan diberi “perintah undang-undang ” oleh Trump untuk mengalihkan dana.
Menurutnya, Pentagon kini bekerja rapat dengan Kongres dan sekutunya di luar negara untuk mencari dana bagi menggantikan wang yang dialihkan tetapi tidak ada “sebarang jaminan” bahawa dana itu akan diberikan.
Tembok itu adalah janji Trump selepas kempen pilihan raya presiden pada tahun 2016 dan kekal menjadi pusat kepada dasar imigresennya menjelang pemilihan semula pada tahun 2020.
Sebelum Trump memegang jawatan, terdapat 654 batu (hanya lebih 1,000km) sepanjang sempadan selatan – yang terdiri daripada 354 batu halangan untuk menghentikan pejalan kaki dan 300 batu pagar anti-kenderaan.
Tetapi selepas menang pilihan raya, Trump berjanji untuk membina tembok sepanjang sepanjang 2,000 batu.
Sebanyak AS$30 juta dana untuk bangunan peralatan di Fort Huachuca di selatan Arizona akan dialihkan untuk pembinaan tembok tersebut bagi menangani kebanjiran pendatang asing.
Senator Republikan, Martha McSally dari Arizona akan “berjuang untuk memastikan” tiada projek di negeri itu akan terjejas dan dijamin oleh bekas Menteri Pertahanan, Patrick Shanahan.
Beliau berkata, projek Fort Huachuca sudah ditangguhkan.
Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pula berkata, pengalihan dana ketenteraan “akan melemahkan keselamatan negara, kualiti hidup dan semangat pasukan tentera dan menjadikan Amerika kurang selamat”. – MalaysiaGazette