TERKINI : “Tiada Istilah Boikot” Orang Islam Sudah Lama Utamakan Produk Halal – Ameer Mydin

SUBANG JAYA – Tidak ada istilah boikot barangan bukan muslim, tegas Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin.

Katanya, apa yang berlaku hari ini ialah orang muslim dan Melayu lebih mengutamakan produk Bumiputera memandangkan ia berkait rapat dengan hukum hakam agama.

“Tidak ada isu mengenai apa yang berlaku ini sebenarnya. Sudah lama umat Islam dan orang Melayu mengutamakan produk yang bagi mereka serratus peratus halal.